Monday, April 19, 2010

.dia login FB dapat RM100, saya tidur je dapat RM100.

aku dah lama tak update blog. HAHA, yela, baru semalam aku sampai rumah sendiri, selama ni menumpang tinggal tempat suami aku so, kesimpulannya susahlah untuk selalu update. tapi takpe, aku tak risau pun, sebab aku tahu aku tak famous, takde stalker yang tertunggu-tunggu aku update blog, takde orang nak tanya-tanya kalau aku senyap, & paling penting, orang tak tahu pun aku ada blog. kan kan? maklumlah, bak kata suami aku, kita ni orang kebanyakan, mana lah hidup kat mata orang lain.

tapi aku jumpa sesuatu yang menarik gila masa tengah rewang-rewang online. teka teka? jeng jeng jeng, pernah dengar login Facebook dapat RM100? yes, i do mean, daily income. ala, mesti pernah kan? yang hari tu kecoh orang dok join, lepas tu senyap kejap tapi sekarang ' Tora Datang Lagi ! '. dengan nametag ala-ala budak sekolah kaler biru, siap ada gambar, makhluk-makhluk yang berharga RM100 ni dah mula aktif balik. aku ada terbaca kat blog yang promote 'perniagaan' ni, dia cakap ' Ini Bukan MLM ', ' Ini Bukan Perniagaan Yang Haram', 'Ulama Jangan Buat Kerja Tuhan'. macam-macam lah dia tulis. tapi bila salah sorang ahli dia, aku tanyakan satu benda je, aku was-was pasal halal haram benda ni, ye la, kalau betul pun memang dapat duit, tapi halal ke sumbernya? itu aje niat aku, dengan harapan, ada lah orang nak explainkan pada aku. sebab jujur lah aku cakap, kalau ada betul-betul cara mudah gila nak dapat duit, dah lama aku join. duit kot, siapa yang taknak cik kiah oi? uish, melalut lagi. macam ni, bila aku tanya lagi, dengan bagi artikel yang kata 'perniagaan' ni HARAM, dia bercakap pasal mazhab pulak, dia cakap mazhab lain-lain, pastu siap mention okay yang benda ni memang MLM. yes, memang aku bodoh la soal agama, tapi yang aku belajar dan aku tahu, kita hidup ni satu mazhab je, & kat Malaysia pulak setahu aku, majoriti adalah bermazhab Shafie. yang lain wallahualam. haa, ni la, tadi kat blog cakap ni bukan MLM, pastu sampai kat mulut yang ini, kata MLM pulak, tapi halal sebab ikut mazhab lain-lain.kalau camtu, boleh la pilih-pilih mazhab kan, untuk solat guna Hanafi, untuk kahwin guna Hambali. yela, kan senang, untuk halalkan benda yang haram, pergi buat mazhab sendiri. hampeh T______________________T

eyp eyp, jangan marah-marah aku pulak. aku takkan sibuk-sibuk pasal 'perniagaan' ni kalau takde orang ajak aku join in the first place, pastu bila aku yang bodoh ni bertanya, maki-maki aku pulak. nak cari downline konon, bila orang macam mempersoalkan, nak tahu, ilmu dalam diri dah start goyang-goyang, mula lah nak melenting. marah-marah tak tentu pasal. haish, susah susah.

dengan itu, aku nak perkenalkan page baru di facebook. untuk orang yang lagi nak kaya cepat. sila-sila la klik ye. HAHA, jangan marah weh, aku promote je. *karang ada budak-budak 'perniagaan' ni datang kejar aku*



ni pulak link kalau korang nak baca apa yang 'perniagaan' tu kononnya buat. KLIK. kalau join nanti dapat nametag camni tau. HAHA. famous la kejap, nanti boleh la korang cakap korang ada stalker ke apa kan?

ni versi gambo mintak kaki. HAHA.

Thursday, April 15, 2010

bila kadang-kadang aku terkenang...

aku pernah berkahwin dulu, bukan bukan, bukan aku maksudkan suami aku yang sekarang. tapi dulu, yes, aku pernah bersuami lain. tapi bercerainya aku dari bekas suami aku, bukan nak tunjuk yang cerai tu jalan terbaik. sikit pun tidak, bukan senang nak decide pasal hidup, bukan senang nak cakap pasal perasaan. aku bukan nak beri gambaran pada orang yang cerai tu satu jalan. pada aku, cerai bukan jalan, tapi penamat. kahwin cerai bukan mainan mulut, nak kahwin, dah sayang, terus tolak tepi semua benda, konon dah sedia nak pikul tanggungjawab. tapi bila terbuat salah, dah mula rasa bosan sikit-sikit, ego lambung-lambung, hati dah mula lekat pada yang lain, terus nak bercerai.

sayang, hidup ni tak mudah. runtun hati aku bila dengar ura-ura kawan sendiri nak bercerai. bukan apa, aku terkilan. aku yang kahwin tak bermajlis, yang kahwin serba tak cukup, yang tersangat-sangat nak rasa nikmat hari perkahwinan macam yang kau dapat, cemburu dengan senangnya hidup kau berjalan, tiba-tiba kau nak buang macam tu je. semata-mata untuk rasa perit lepas bercerai yang aku rasa dulu.

sayang, hidup kan perlu tanggungjawab. pikul dan pikul, selagi kau terdaya, selagi tak salah. kau sendiri tahu kan, yang hidup perlu ada pahit, sebab bila ada pahit, baru kita tahu hargai yang manis.

Alhamdulillah, aku ada imam yang tahu bawa aku, tahu bimbing aku. yang akan imamkan keluarga kami dan aku tahu, aku tak nak hilang nikmat yang aku ada sekarang. untuk suami yang menjaga aku zahir dan batin, fizikal dan rasa, terus dan teruslah jaga aku. sebab aku tahu aku tak mampu untuk rasa perit. sebab aku yakin, cerita aku tertulis dalam kitab hidup kau. dan aku harap, akhir kita nanti, tetap aku dengan kau.

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

zaman kecik-kecik dulu, kalau nak online, mesti berselirat wayar-wayar dekat laptop kan? dulu kat rumah aku guna PC, yang gedabak tu, telefon pulak mesti letak atas CPU, sebab nak senang cabut wayar, cucuk wayar untuk guna internet. HAHA. masa tu aku ingat lagi, ada dial tone siap. *tet tet tet tet*

tapi kan kalau nak online dulu-dulu, mesti kena waktu malam sikit, kalau tak memang tak hidup lah telefon rumah aku. selalunya kalau online waktu siang, bila dah cabut balik, nanti berderet la masuk voice message kat telefon tu. satu kerja pulak nak menadah telinga dengar mesej orang, lepas tu call balik T__________T tapi bila dah maju sikit, aku curi-curi guna laptop ayah aku pulak, *sretttttttt* tarik wayar sampai dalam bilik. lepas tu online senyap-senyap sampai subuh. HAHA. masa tu memang family aku pelik gila, sebab aku bangun subuh pukul 4,5 pagi. HAHA, padahal nak pulangkan wayar yang aku cucuk kat laptop.


selalu tak korang stuck dengan laptop yang bateri tip-top tengah full, tapi takde internet connection? haaaa, masa tu mesti tak tahu nak buat apa kan? dok melanggok, godek-deok dalam laptop tu. yela, takkan nak tarik wayar panjang-panjang dari rumah semata-mata nak online kan? HAHA. kalau tempat yang ada wireless memang takde hal. on je laptop, terus boleh online. macam aku, pergi mana-mana je aku memang terus cari tempat tu ada wireless or tak. sebab aku tahu aku mesti mati katak sebab bosan kalau takde internet. tapi sekarang P1W1MAX dah keluarkan wiggy. cinonet tapi berkuasa kuda. eh eh, berkuasa tinggi. cucuk je kat laptop time korang kat luar, jeng jeng jeng, terus boleh online. bagus kan?

bak kata Project Alpha ni, " No String Attached ". mudah dan sangat-sangat menyenangkan :) sebab apa? this is a plug and play modem yang memudahkan kita untuk guna online connection P1W1MAX ni.




okay okay, say hi to wiggy ! " HI WIGGY !! " haha.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Saturday, April 10, 2010

here i come Malaysia ! * soon *

perghhh, bila sampai masa malas update tu, memang gila kentang malas lah nak update. bukan setakat tak update, nak blogwalking pun rasa berat buntut. sebenanrnya kebelakangan ni, aku memang moody banyak-banyak kali, mood swing sebab pregnancy maybe. yelah kan, lagi berapa bulan je nak tunggu masa perut aku jadi kempis balik, kan kan? dulu rasa lama gilaaaaaaaaaaaa nak tunggu tapi bila dah dekat-dekat ni, rasa macam nak postpone pulak, nak kasi lambat sikit. salah satu sebab is, dulu aku plan nak deliver baby kat sini je, sini as in Moscow la tapi semalam, baru lah kami suami isteri sepakat, biar aku deliver kat Malaysia. so, kesimpulannya, nanti insyaAllah, dalam masa terdekat aku akan balik Malaysia tapi memandangkan ada a few matters yang tak dapat nak setel, aku akan balik sorang-sorang, & suami kesayangan kena tinggal sini. kalau dua-dua balik, rasanya memang kabut lah bila aku balik sini masa sem baru nanti. haish, perasaan dia macam campur aduk, happy sebab rasa terjamin sikit nak deliver baby kat Malaysia, tak payah fikir nak register baby dekat embassy dulu before bawak balik Malaysia, ongkos dah dapat jimat sikit-sikit tapi tapi ..... tu baru advantages dia, disadvantages pun ada jugak. aku akan rindu suami aku, rindu kawan terbaik aku, rindu bedmate aku, rindu orang yang buat aku senyum, rindu orang yang buat aku menangis dannnnnnnnnnnnn rindu baby ADELINA. kiranya overall, yang akan aku sangat-sangat rindu ada 2 orang lah. HAHA, Aiman; encik suami tercinta & Adelina; baby bulu-bulu kesayangan. sunyi lah hidup aku nanti, tak tahu macam mana nak survive bila fikir aku takkan jumpa dorang lebih 2 bulan. gila kau, 2 bulan tuuuu !! bukan 2 hari, bukan 2 minggu. tapi nak buat macam mana kan, kalau hidup takde pengorbanan, macam mana nak sempurna.

actually, aku still tak berapa nak ada mood bila menulis. entah, rasa macam ada je benda tak kena. nak tulis panjang-panjang, tak tahu pulak nak tulis apa. nak tulis pendek-pendek, letak gambar, takde pulak gambar nak diletak. haish. sadis la macam ni. dah dah, pendek ni je dulu. nanti kalau ada orang dari Malaysia nak tanya apa-apa pasal kepulangan aku balik sana * ecehhhh, bajet famous amos *, aku update balik ye. okay lah, cheerio ! :D

Sunday, April 4, 2010

aku bela bab* sebab aku bosan.

hah ! sentap sentap. tengok tajuk pun mesti ada orang sentap kan? yela, aku kan melayu, Islam lagi, konon pakai tudung tapi bela menatang pig pig ni pulak. apakejadah pulak kan? HAHA. yeye, aku terpaksa membela babi, sebab bisnes babi ni bawak banyak untung. lagi untung dari bela anjing laut, penyu or burung undan. tapi setakat ni baru tiga ekor yang aku bela, takde la banyak sangat pun. bukan murah pun kerbau pendek ni, harga sekor dah beribu-ribu. ni pun nasib baik aku dapat free sebab orang bagi hadiah.

jangan marah aku tau, aku terpaksa ni. betul-betul terpaksa sebab aku nak duit. dah la kena pakai banyak duit, mana nak cekau duit bisnes resort aku lagi, duit nak beli bangunan baru, nak siapkan airport, jeti semua tu. so, alternatif paling cepat untuk dapat duit is dengan bela menatang kerbau pendek ni lah. korang nak tengok tak gambar babi aku? aku pun belum pernah tengok depan-depan, setakat depan skrin macam ni je lah. tapi masa gambar ni aku snap, baru ada 2 ekor, sekor lagi tu dapat lambat sikit.



HAHA ! sentap lagi tak? ni lah kerbau pendek belaan aku. takde kerja aku nak bela yang real punya. HARAM weh HARAM. setakat dalam game ni aku berani lah. kira terpaksa jadi penternak bab* berjaya sebab nak support income & bisnes resort yang tengah nak develop T___________T
jangan marah aku pulak, aku main game je, TIKI RESORT ni ha, dekat facebook. dulu orang dok invite, aku ignorekan je. tiba-tiba bila husband aku start main game ni, aku pun main jugak. itulah PKS namanya ( baca : Pengaruh Kekasih Sebaya ). bangun pagi main, malam buta main, kadang-kadang macam sekaranglah, pukul 4,5 pagi pun belum tidur. kadang-kadang aku bukak facebook pun semata-mata nak main game ni. login je terus klik bookmark, takde dah jenguk tepi-tepi. sebab nak kejarkan level lah ni, sebab masa mula-mula main, aku ni kira noob la, duduk level bawah je, siap husband aku punya resort kena gelak dengan member dia lagi. mana tidaknya, ciput je ha bangunan dalam resort tu, lepas tu banding pulak dengan kawan dia yang dah level 28. masa tu lah aku lagi semangat nak main. jeng jeng jeng, sekarang dah level 18 ! level 18 woi :D


see, resort aku. comel kan, comel kan? tolong cakap comel, kang aku sumpah korang cirit. HAHA. takde takde, aku suka tengok ada rainbow kat atas tu, lepas tu pulau penuh dengan easter egg memandangkan harini EASTER DAY. tapi di sebalik game ni sebenarnya ada diskriminasi. aku nak cakap pun malu, tapi kebenaran tak eloklah nak sembunyi-sembunyi kan? sebenarnya kan, setiap bangunan kat resort tu kena upgrade, so that makin besar, makin masyuk la income. dan secara logiknya kalau nak upgrade bangunan, mesti kena ada mamat-mamat indon ke, bangla ke jadi buruk kan? eh eh, apa aku merepek ni? bukan bukan, senang cerita kena ada buruh la, tapi bukanlah suruh budak kecik yang pendek buat kerja sorang-sorang kan? tapi game ni memang buruh dia budak kecik, buat kerja sorang-sorang pulak tu. ni ha, aku sempat snap gambar nak buat bukti.


eyp eyp, jangan sentap. HAHA, sorry lah. aku memang macam hyper sikit sekarang. maybe sebab dapat qada tidur sampai petang kot tadi. hilang sakit-sakit belakang aku. fuhhhh, lega,, kaki pun dah berurut sikit even baru kejap tadi telinga aku berdarah pulak. HAHA, macam-macam hal lah pulak nak jadi. takpelah, yang sakit-sakit tu tolak tepi, janji ada cara nak senangkan hati. okay dah, gila banyak aku merapu. kejap lagi nak tidur, harap-harap bangun awal lah, sebab aku terasa nak masak breakfast esok. tapi kalau takde orang bangun nak breakfast, aku cancelkan terus je T_________T


notakuntut : aish, kejap bab*, kejap kerbau pendek. takpelah, asalkan korang faham sudah.

Saturday, April 3, 2010

dah dah, aku tak tahan !

DANG! dah pukul 5 pagi dah ni tapi aku still tak tidur-tidur. anak dalam perut pulak sibuk tendang-tendang, orang sebelah ni pulak suara macam kapal, terpekik-pekik padahal cakap guna mic dekat laptop. memang shit lah malam ni. aku bukan tak nak tidur, nak sangat, tapi takkan aku nak bantai tidur kat depan pintu lagi? nak baring atas katil tadi, dah siap-siap panjat katil double decker, tiba-tiba terasa pulak aku dengan orang yang tiba-tiba terjaga, mintak aku ambilkan air. kesimpulannya, aku duduk balik depan monitor gedabak ni, dengan harapan, bila tengok cahaya terang gila babi, aku hilang mengantuk.

aku bukan nak mengada tapi aku penat la. dari pagi aku bangun, terbongkok-bongkok sorang-sorang sapu karpet ni dengan penyapu kecik yang super pendek tu. lepas tu basuh lagi periuk, pinggan mangkuk yang orang dah janji nak tolong basuhkan, masak lagi. tahu tahu, memang tak susah pun kan? semua orang boleh buat kan kan? mind you! aku bawak perut yang dah 6 bulan lebih lebih sizenya, dengan kaki kiri bengkak sebelah, ada flu plus sakit tekak. seksa weh! kalau tak pregnant pun, selalunya kalau sapu sampah manual yang sampai merangkak-rangkak tu pun aku dah memang tercungap-cungap, ini pulak bawak budak umur 6 bulan dalam ni, siap pakej tendang-tendang lagi. nak bercakap, mengadu nasib dengan siapa pun aku tak tahu, so, memang secara pukalnya aku mengadu dekat kucing aku lah. itu je yang buat aku tenang sikit, terasa lah jugak ada orang nak meneman aku. yang aku terasa sangat bila nak makan aku hidang, nak minum aku tuang, sikit pun takde terima kasih. siap kutuk kata dia tak boleh makan nasi goreng yang aku masak. luluh weh hati aku, penat-penat aku masak, sekali setempek kena atas muka. lepas tu, aku lah jugak yang jadi tong sampah menghabiskan makanan sebab taknak membazir. kenapalah orang taknak fikir hah? membazir je kerja, tahu nak itu, nak ini, tapi makannya tidak. lepas tu end up mesti buang. membazir lah weh, ingat semua tu dapat free ke, duit tu weh, DUIT! hari-hari keluar duit macam air, fikir nak senang je. kalau satu hari nanti, jatuh miskin ke, tak mampu nak beli itu ini ke, macam mana? nak menangis belakang pintu sorang-sorang? tak pun buat muka tak malu mintak makanan orang? macam tu? tsk T______________T

gambar ihsan google so jangan tanya why MULK instead of MILK.


esok secara rasminya aku isytiharkan yang aku bakal sakit belakang secara hebat lagi. *tepuk tepuk*. nak masak ke, nak kemas ke, aku surrender awal-awal. aku nak rest esok, malas dah nak buat-buat kuat sedangkan kejap-kejap aku lari belakang pintu, lari masuk bilik air, sebab aku taknak tercungap-cungap depan orang lain, konon nak sembunyikan lah dari orang yang aku sebenarnya kisah buat benda ni semua.oh ya, lagi satu, semalam kawan husband aku datang bilik, dan FYI, bilik ni kerusi memang cukup-cukup je ada, yang lain kena duduk atas lantai or katil lah. tapi semalam, tanpa belas kasihannya, kawan husband aku tu sesedap rasa landing bontot kat kerusi tu, sedangkan dia nampak aku terperuk duduk atas lantai depan fridge. punyalah masa tu perut aku memang tegang gila-gila, kaki dah macam hilang deria rasa, dia boleh selamba badak je buat tak tahu. B.A.N.G.A.N.G !

aku PENAT !
aku MENGANTUK !
aku SAKIT BELAKANG !
aku nak REST !

urgh, susah sangat ke nak dapat semua tu?

Tuesday, March 30, 2010

untuk 89 hari lagi

hari ni aku sedih lagi, mungkin sebab mimpi buruk semalam or mungkin sebab memang benda buruk bakal jadi. or mungkin sebab aku dah tak perlu cari sendiri pengganti untuk aku, sebab dia sendiri dah mencari sendiri.

' sabarlah awak, esok je awak bakal jumpa dia depan-depan. tak lama pun. kalau esok awak nak tengok puas-puas, silalah. saya pejam mata, saya pekakkan telinga, saya bisukan mulut saya. pilihlah sepuas hati awak.tapi jangan lupa pesan saya, carilah yang sesuai dengan anak saya. kalau nanti yang awak pilih tak sesuai dengan anak saya, saya tahu, awak mesti sedaya upaya nak sesuaikan dorang kan? kalau itu yang terbaik, awak doakanlah, supaya saya jadi redha, ikhlas nak cakap semua ni pada awak nanti. '

satu hari nanti, haah, satu hari nanti, aku pun nak rasa apa yang orang lain rasa. ketawa macam orang lain, senyum macam orang lain, menangis macam orang lain. sebab aku bosan cuba dan cuba jadi kuat bila aku sendiri tahu yang aku tak mampu. aku bosan jadi orang lain semata-mata nak jaga hati orang lain. sebab hati aku hancur, hati aku sakit sangat bila kenangkan balik masa-masa, peluang-peluang yang aku buang macam tu je. aku jadi sedih, bila tengok cerita-cerita lama aku, bila benda, orang, semua yang aku rindu, depan mata tapi aku langsung takde daya nak dekat, nak sentuh, nak jadi macam dulu.

insyaAllah, lagi 89hari untuk aku pegang anak aku. kalau selamat lahir anak aku nanti, tak dapat pakai baju pengantin macam orang lain pun aku sanggup, tak berkenduri kendara pun aku sanggup. cukuplah sekadar sijil nikah sekeping yang aku ada sekarang. kalau lahir anak kecil aku nanti, aku tak kisah untuk buang semua cita-cita masa muda aku, nak majlis kahwin besar, nak bersalin baju banyak-banyak, nak ada album kahwin, dengan gambar berkeping-keping. asalkan yang satu ni selamat jenguk dunia. makin lama aku makin faham perasaan mak aku, apa yang dia korbankan untuk aku selama ni. mak aku bukan macam mak korang, bukan macam mak siapa-siapa. sebutlah apa pengorbanan mak korang, pada aku mak yang satu inilah yang tak pernah tumpah pun airmata untuk diri sendiri, tapi untuk anak-anak yang tak tahu kenang budi ni. 

untuk 89 hari yang tinggal ini, siap sediakanlah aku. untuk semua benda yang aku bakal tahu, untuk semua rahsia yang bakal diberitahu, untuk semua air mata aku yang bakal jatuh.

Moscow Metro Kena BOM!

hari ini secara logiknya memang ramai gila orang update pasal suicide bombing kat Moscow yang jadi pagi tadi. bersepah-sepah aku tengok kat Facebook orang update info pasal Moscow Blast ni. takut? yes, tipu lah kalau aku cakap aku tak takut. cuba bayangkan, tengah korang nak pergi kelas, pagi-pagi, tengah baca-baca nota, tiba-tiba keretapi stop, korang keluar selangkah dekat platform, KEBABOM! kiri kanan korang dah berasap, bunyi kuat macam tak ingat dunia, bunyi pekik orang keliling. Alhamdulillah aku takde kat situ masa tu. tapi bila tengok balik gambar-gambar yang sempat orang snap, runtun jugak hati. tengok mayat terduduk dekat kerusi, sebab tak sempat keluar. orang jerit-jerit, berdarah-darah minta tolong. cakaplah, hati siapa tak rasa sedih?

pagi tadi bertubi-tubi sms aku dapat, misscall dari mak aku yang nak bertanya khabar anak dia yang jauh ni. tapi nak buat macam mana, tadi line telefon memang macam sibuk gila, tiap kali mak aku call, mesti masuk misscall je. yela kan, ada student Malaysia terlibat, 3 orang, siap masuk hospital, nak dijadikan cerita pulak, 3,3 orang tu senior aku kat MMA ni. dan stesen metro yang dibom tu pulak memang kawasan wajib kiteorang lalu, kalau bukan sekali sehari, ada yang kena lalu 2kali. hati mak mana yang tak risau. aku pun jadi risau semacam, fikirkan nasib kalau-kalau ada kawan-kawan aku, junior or senior yang terlibat tadi. yelah kan, risau lah, masa tu aku tahan, nak nangis tapi aku senyapkan. aku takut nasib kiteorang nanti, nasib kiteorang foreigners yang datang belajar kat sini, nasib kiteorang si perempuan yang berhijab ni. sebab rumours yang keluar, pengebom tu perempuan yang berhijab, sempat berdoa dan solat sebelum masuk dalam gerabak metro dan letupkan. kawan aku cakap tadi, masa tengah jalan balik pun orang-orang sekeliling dah mula tengok perempuan bertudung ni dengan muka semacam. tiba-tiba keluar lagi berita, ada 2 orang perempuan yang seakan berhijab kena belasah dengan 4-5 orang lelaki Russia. see, siapa tak takut weh? kalau aku ditakdirkan aku or kawan-kawan aku yang ada kat tempat dorang, memang Nauzubillah lah. yang lain mungkin sempat lari, yang aku ni, nak berjalan pun terkedek-kedek T________________T

ini baru harini, esok? lusa? apa cerita? apa pulak nasib kiteorang? nak fikir pun takut tapi kalau tak fikir macam tak patut. macam mana la nasib anak aku nanti? haish, takut weh. bayangkanlah, nak keluar pun jadi satu hal, takut jadi apa-apa. dulu aku lone ranger, jenis jalan sorang nak pergi mana-mana, tapi Alhamdulillah sekarang aku ada suami yang jaga aku. tapi nak bagi dia keluar pun aku takut. isk, tak nak fikir, taknak taknak :( tapi kan, kena yakin lah, ajal maut tu di tangan Allah swt.

Ekho Moskvy radio said two women wearing Muslim-style headscarves were beaten by four or five passengers on a metro train after the bombings. to all muslims girls in Moscow especially with headscarves take good note on this matter.
nah, aku tempek gambar sebijik. yang lain boleh cari je kat mana-mana, berlambak keluar gambar sekelip mata tadi.

video pada siapa-siapa yang nak tengok.




Al Fatihah dan Alhamdulillah, syukurlah pada kita yang diberi kesempatan ni. tapi apa comeback kita lepas ni? tengok dan nangis? entahlah, fikirkanlah, sebab aku memang jadi tak sedap hati sangat-sangat nak cakap banyak-banyak pasal hal ni. tapi pada aku, tak salah bagi orang yang baru mencari Tuhan saat-saat ni, mungkin nampak jelek kat mata sesetengah orang, tapi bukan ke itu yang sebaiknya? at least, sebab bencana ni timbul kesedaran kat hati orang yang keras.

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star

Project Alpha week 5. see, instead of blogging pasal suicide bombers yang jadi dekat Moscow, aku update dulu pasal ni. well, do forgive me sebab lambat lagi tapi kawan-kawan yang dalam bahaya pun kadang-kadang lagi penting kan?

Pernah mimpi nak jadi famous amos? HAHA, bukan-bukan, jadi famous macam bintang, atau in english STAR. paham? aku tahu korang nak kan? sebab aku pun nak. HAHA, jadi famous, duit berkepuk-kepuk, siapa yang taknak kan? tak perlu susah-susah nak nyanyi, nak joget-joget, tapi boleh jadi star through Project Alpha ! hoyeah, how good does that sounds to you? sedap kan? :P okeylah kan, sebab cik ninieahmad pun cakap, "Project Alpha ni macam  akademi fantasia lah jugak". haa, kan best tu. kiranya project alpha ni macam stage untuk blogger-blogger jadi famous, or at least cari nama. kan? tak ke bagus tu? senang, in our very own way, yela, memandangkan yang masuk semuanya memang blogger. ye tak? aku tak minat akademi fantasia, so aku opted out untuk pilih project alpha lah. amacam? nak join? meh meh, semua orang boleh join, lagi ramai lagi bagus. :)



blogger-blogger sekalian, mari kita ramai-ramai jadi star nak? ouh ye, nak tau hadiah apa yang korang boleh dapat selain dari jadi star metar via Project Alpha ni? yela kan, biasanya orang tengok hadiah dulu, baru sibuk nak join contest pape. kan kan? aku tahu lah, sebab aku pun macam tu. HAHA

here goes :
1st Prize-
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax.
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize-
 Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

lepas part hadiah, jangan ingat senang-senang je nak dapat. eyp eyp, ada la syarat-syarat dia. baca ye tuan puan sekalian. okie dokie, untuk bloggers yang berminat, sila baca betul-betul ye. tak susah pun. senang je. aku pun nak join kalau ada masa nanti. HAHA. oke, gurau sikit, aku kan pemalu. HAHA. nanti aku sorang pulak jadi contestant yang pakai topeng. awww, malu weh :P




How would you like to be featured as a guest blogger in Project Alpha Season 3?

Like all golden opportunities, you have to audition for it !

Present to us a video (60 seconds or less), in your own creative way on why you should be on Project Alpha !

To submit your audition, follow the simple steps below :

Step 1: Join ruumz or login to your account

Step 2: Join the project Alpha ruumz group ! )You'r looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
*Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to 'LIKE' your video

View the T&C here





oke cik kak cik abang cik adik semua, berminat nak join. jom kita ramaikan lagi contestant. hoyeah ! nanti boleh buat video best-best tunjuk kat semua orang. HAHA. kalah menang kira belakang, tapi joining for fun tu macam mengujakan jugak kan?


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups.

kalaulah hidup aku bukan dengan anak kecil aku ...

hari ini hari untuk menulis lagi. aah, aku bosan sebenarnya, 3hari berturut-turut aku tak blogwalking, tak jenguk gengblogger, tak sign in account blogger pun. malas, yes, malas & paling penting takde mood. kebetulan aku sakit. eh eh, panjang pulak mukadimah. okay dah, stop sini.

pada siapa-siapa yang kenal aku, mesti tahu yang aku sekarang ( belum ) sarat mengandung lagi, tapi dah nak masuk 7bulan lah. pendek kata, macam orang pregnant yang biasa, aku memang emo. tak tahulah sebab aku memang semulajadi emo, kendian tambah lagi dengan hormon toing toing lompat, maka terhasillah aku yang macam ni. or memang aku terfikir benda-benda yang nampak sipi-sipi ada kena mengena dengan aku? entah, aku pun tak tahu, sebab tu aku try nak figure out dengan tanya-tanya pada orang. aku nak bercakap pasal hal lain, selain aku, so that fikiran aku tak sampai ke situ. korang tahu apa aku fikir sebenarnya?

kalau ditakdirkan nanti, aku dan anak aku tak dapat hidup sama-sama, macam mana agaknya?

kalau aku meninggal masa bersalin, siapa lah nak jaga anak aku? kalau diikutkan, memanglah tanggungjawab jatuh pada suami aku. tapi mampu ke dia nak jaga anak ni? buang sedih, buang cakap-cakap orang, stabil ke hidup dia nanti? terjaga ke makan pakai dia nanti? anak ni pulak macam mana? kucing macam mana? sebenarnya aku bukan sengaja nak cakap bukan-bukan, tapi semenjak dua menjak ni, hati aku jadi ragu-ragu. aku tak nampak langsung masa depan aku dengan anak ni. aku tak terbayang langsung yang satu hari nanti, aku akan dodoikan baby ni, susukan, belai, tidurkan ... nampak macam jauh sangat dari kenyataan. kata hati aku kuat katakan yang nanti aku mesti tak sempat nak hidup sama-sama dengan anak aku. walaupun nampak macam mengarut, aku selalu rasa yang mati memang penyelesaian paling mudah untuk aku, dengan sakit-sakit aku, dengan masalah aku, dengan masalah yang aku bagi pada orang lain. entah, pada aku, logiknya memang ada.

kalaulah ditakdirkan, antara aku dan anak aku, siapa yang perlu hidup, bagilah peluang pada yang belum merasa nikmat hidup lagi. bagilah peluang pada yang mampu buat orang tersenyum. bagilah peluang pada yang tak susahkan hidup orang lain macam aku buat. bagilah peluang untuk nyawa anak aku yang dipilih. kalau bukan semua yang ada pada aku turun pada anak aku, sikit pun jadilah. kurang-kurang, suami aku tak lupa aku, kurang-kurang dalam anak aku still wujud aku. kan adil namanya dari biarkan aku hidup? kalau aku yang hidup, jangan tipu dengan cakap korang boleh nampak anak aku dalam aku.

tapi kalau memang takdir aku tak dapat sama-sama dengan anak aku, untuk biarkan suami aku yang jaga sorang-sorang, aku tahu memang susah. salah ke kalau aku terfikir untuk carikan dia pengganti aku? aku tahu aku tak ikhlas, tapi kalau itu yang terbaik untuk suami aku, untuk anak yang belum lahir ni, untuk kucing kecil aku, itu je lah keputusan yang aku terfikir. aku tahu aku bukan anak orang kaya yang mampu wasiatkan berjuta-juta untuk anak aku, bukan orang yang cukup baik untuk mintak belas orang ramai pada anak aku. hadiah yang aku mampu bagi cuma redha untuk bakal ibu anak aku. tapi aku harap, kalau ber'mama' baru, biarlah ciri-ciri mama, anak aku yang jadi indikatur. bukan pada selera suami aku semata-mata.

kadang-kadang terfikir jugak aku untuk jadikan anak aku anak angkat orang lain. betul, aku memang tak tipu. sebabnya, macam apa yang aku fikir sekaranglah. pada aku dulu, kalau aku tak dapat anak aku sendiri, biarlah suami aku pun tak dapat. tapi aku tahu, dia sayangkan anak ni. aku cuma tak nak anak aku hidup susah, hidup macam takde mak bapak. aku nak anak aku ada hidup yang sempurna. aku tak nak dia buat silap macam aku, rosakkan hidup sendiri. itu je yang aku nak. tapi sekarang, aku jadi tak sanggup nak pisahkan anak ni dari ayah dia sendiri. kalau lah hidup dia nanti ada aku, bersyukur sangatlah aku. tapi kalau nanti cuma tinggal si ayah yang terkontang-kanting sorang diri? aah kan, hidup tak pernah senang, bila kita sendiri yang nak try benda bukan-bukan. menyesal? aah, tapi bukan patut untuk aku cakap sekarang.

sayang, kalau nanti mama takde untuk jadi mama awak, mama mintak maaf. mama bukan sengaja sayang. mama bukan sengaja nak cakap bukan-bukan, tapi hati mama runsing fikir pasal ni. pasal awak, pasal papa. pasal kita nanti. kalau mama pergi dulu, anak mama jadi budak baik tau. dengar cakap papa, dengar cakap kawan-kawan papa, kawan-kawan mama. jangan nakal-nakal tau sayang. mama mintak maaf, tapi mama janji, mama jadi kuat untuk awak, untuk 3bulan yang kita ada sekarang. kalau nanti awak ber'mama' baru, pesankan kat papa sayang, jangan buang mama. sikit pun takpe, asalkan dalam hidup awak, mama still ada. jangan lupa tau sayang, jadi orang baik, jadi sebab untuk orang senyum. paling tidak, untuk papa senyum.


sampai sekarang, hati aku kacau bilau lagi. untuk 3bulan yang aku harap aku ada masa dengan anak dan suami aku, bagilah aku senyum puas-puas, ketawa puas-puas dengan 2 orang yang paling aku sayang sekarang.

Monday, March 22, 2010

aku bukan benci tapi tak suka (II) ...

korang ada account Facebook? Mysampah? Friendster? Multiply? atau apa-apa je lah social networking website yang korang join? kalau tak semua, mesti ada lah lekat salah satu kan? kan kan? kalau memang takde pun, mesti korang pernah dengar kan, sindrom Mysampah ni, yang orang bukan-bukan add kau, yang kau tak kenal langsung, nak kata ada friends in common pun, baru ada 2,3 kerat. tau tak friends aku kat Facebook ada berapa orang? 1995 ! yeye, aku tau lah tak seramai friends kau, tapi bagi aku yang memang tak ramai sangat kenalan ni, memang mustahillah kan nak ada kawan kat social networking seramai macam tu. itu pun aku dah removekan tiap-tiap minggu mana-mana yang aku tak kenal. & tiap kali orang yang macam ada 2,3 kerat friends in common ni add aku, aku pun ringan tanganlah dok menaip mesej, tanya siapa dorang. ye la kan, fb aku pun dah jadi benda private, kalau aku tak tapis siapa-siapa yang masuk dalam friendlist aku, takde guna lah kan? tapi aku memang panas, kalau orang yang aku tak kenal add aku, lepas tu aku tanya siapa dia, dia boleh tanya aku balik kenapa tanya dia tu siapa? what the eff la kan?



aku tanya sebab aku memang tak kenal kau lah mangkuk, kalau niat kau add aku sebab nak berkawan dengan aku, tak salah lah kot kalau aku tanya macam tu & kau dengan jujurnya jawab. betul tak? lainlah, kalau kau add aku sebab nak stalk aku, nak stalk suami aku, sebab selalunya orang-orang yang suspicious ni akan add aku, lepas tu add pulak suami aku. & bila aku tanya dia siapa, start la pusing-pusing ayat taknak jawab. macam-macam lah manusia ni. habis saudara mara aku kau nak add, semua kawan-kawan aku kau add, nak kata korang communicate kat fb takde pun, lepas add, dorang approve kau, terus kau senyap. apa kau buat? stalk la kan? HAHA. jangan weh membuang masa macam tu, lagi baik kau isi masa dengan basuh berak bersih-bersih, korek hidung bersih-bersih, dari buang masa nak stalk orang.

tak tak, aku bukan sombong, aku bukan perasan famous, tapi aku cuma nak menjaga privasi aku sekadar yang aku mampu la. aku menulis kat blog, kat notes FB, jadi ada la benda untuk kawan dan ada benda yang bukan untuk orang-orang yang aku tak approve untuk jadi kawan. ada faham? benda kat FB pada aku yang super kuno ni, memang aku malas sangat nak kongsi dengan orang yang aku tak kenal. kalau nak sangat tahu pasal aku, ni ha, baca blog aku, bukan 1, ada 8 blog aku yang aku selalu tulis. ada faham? ini tak, berkawan lah kononnya, tak ikhlas, nak menghendap orang je sudahnya. geli tau tak? geli geli. kenapa? seronok keskodeng-skodeng orang ni? eiiiii, celup muka kau dengan spender karang baru tau. T____________T


dulu kan ada orang pernah add aku, aku memang tak kenal dia. langsung tak. lepas tu, aku pun tanya lah dia siapa, tau apa dia jawab?

lepas ni you tahulah perangai sebenar si *tutttt* tu. selamat ditipu. haha

okay, nampak dah apa maksud aku? orang-orang macam ni add aku bukan sebab nak berkawan ke, cari kawan lama ke, tapi nak skodeng or stalk aku. so, bila kantoi, mula lah cakap bukan-bukan. caittt, busuk punya orang. eeiiii, aku geram ni tau, geram geram :S

no sweat

alrighty then, this is for the 4th week of the Project Alpha :)




selalu kan kita berpeluh? naik tangga berpeluh, main bola berpeluh, masak berpeluh, even kadang-kadang tidur pun berpeluh. so, bau apa yang tinggal ye anak-anak? HAHA. of course lah, bau MASAM. lagi-lagi part ketiak yang selalu terkepit tu. seriously, bau peluh paling busuk adalah bau lelaki lepas main bola, or lepas main apa-apa sport la senang cakap. sebabnya? aku pernah dikerumun 8orang lelaki yang baru habis main futsal, badan peluh-peluh, jersi lencun, bau pulak PERGHHHHHH ! busuk gila okay! lari-lari aku pergi toilet sebab nak termuntah. jarang sangat nak jumpa lelaki yang bau peluh dia di tahap boleh diterima hidung kan kan?

kalau perempuan pulak, personally aku cakap bau peluh yang busuk adalah masa kita tengah menstruasi. sebab medically memang hormon yang function masa tu generatekan peluh yang excessive & extra odour pada kita. tak percaya? time-time kau period, try buat any kind of activities yang keluarkan peluh. masa tu, YES, bila keluar peluh tu bukan setakat rasa sihat, segar bugar je dapat, tapi bau badan sendiri jadi double the original body odour. yela kan, logiklah, semua orang ada bau badan sendiri, lagi pulak jenis yang ala-ala masam sikit, dah tambah berpeluh pulak, memang orang keliling kepit hidung je la jawabnya. HAHA. kan? malu weh malu. buatnya BF sendiri jalan sebelah, kat mulut senyap je, dalam hati dah menyumpah-nyumpah suruh balik mandi.

aku pulak even badan tak berapa nak besar, eh eh, aku bukan nak perasan kurus, tapi memang aku sekeping pun, tapi aku memang selalu berpeluh. buat kerja sikit, mula lah nak peluh-peluh kat belakang, kat ketiak jarang sikit. dari dulu aku cari deodorant yang sesuai untuk ketiak, yela, selalu tak tahan je, dah panas sikit, mulalah rasa air mengalir-ngalir macam air terjun kat belakang. aku memang tak tahan panas so, aku kenalah elak dari berjemur sebab nanti berpeluh. plus, jenuh lah aih kalau tengah-tengah dok keluar dating kat MidValley ke, kat TimesSquare ke, tiba-tiba heavy pulak sweating, takkan lah nak pergi beli towel & sabun semua, lepas tu pinjam toilet sebab nak mandi. tak ke jadi pelik kalau macam tu? HAHA.

oleh itu, cik adik dan cik abang sekalian, marilah kita memilih deodorant atau ubat gegat yang sesuai dengan keperluan seharian kita. come on people, kalau tak mandi pun, sembur " psst psst " kat ketiak sikit, nanti hilang kot bau masam. HAHA. eyp, jangan ikut cakap aku. kebetulan pulak, tajuk entri memang pasal ni, so aku promote lah sedikit sebanyak.



''Adidas Action 3 | The Best Defence Against Sweat With Triple Action"

& oh yeah, kepada si pemilik handbag-handbag bagak, muat je kot kalau nak sumbat botol kecik ni sebijik. tapi siapa bawak pergi dating ek? HAHA. okay okay, sumbat dalam beg yang korang guna untuk pergi gym, senang, takdelah nanti lepas exercise orang semua lari tutup hidung. orait babeh? jangan ingat kat Malaysia je panas tau, tempat yang snow ni pun buat aku berpeluh-peluh.
T____________T

last but not least ( eceyh, awal dengan last je cakap omputeh T____T ),

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions .





Wednesday, March 17, 2010

i'm a smoker babeh !

mesti korang ada pendapat sendiri kan bila toleh-toleh jumpa perempuan hisap rokok? bukan bukan, aku cuma tak suka perempuan yang hisap rokok ni. kalau dulu aku memang reject habis-habisan orang yang hisap rokok, sekarang aku jadi linear sikit, nak hisap boleh, tapi jangan heavy &;&;&;& make sure yang kau tu bukan perempuan. well, cakaplah aku ni busybody or kolot, lantak. meh meh, aku nak jugak cakap. HAHA.

cuba bayang, asap keluar kepul-kepul dari mulut perempuan, sedangkan bukan semua lelaki pun hisap rokok. okaylah, selalu lelaki bagi alasan sejuk, macho, addicted tak reti nak stop, bila orang buat survey tanya dorang pasal rokok. kalau perempuan? & yes, aku cuma rasa kurang sopan. yela, celah mana datang sopannya kalau yang anak dara, mulut dan hidung berasap, bau nikotin jauh sedepa boleh hidu. maybe sebab aku ni orang kampung, aku ditakdirkan takde kawan perempuan yang hisap rokok. even adik beradik lelaki aku yang 5 orang tu pun tak berani sentuh rokok. lagi-lagi bila mak aku sendiri selalu nak termuntah kalau terbau asap rokok, jarak jauh tu hidung dia boleh bau. so, siapa-siapa yang hisap rokok, jauh-jauhlah dari mak aku, nanti kena pelangkung dengan bapak aku T_________T

imagine kalau cik scarlett ni pakai tudung, rambut hitam ke. yang penting melayukan dia.

kat sini, ramai tak ramailah jugak perempuan yang hisap rokok, tapi susahlah nak jumpa perempuan melayu hisap rokok so, aku kuranglah kisah sangat. tapi kawan-kawan aku kat Malaysia selalu cerita kat aku, kat Malaysia memang bersepah perempuan hisap rokok. atau dalam term lainnya, KAPUN, ye dok aku pun tak tahu, ni pun aku cilok kat blog lama husband aku. cool ek kalau perempuan hisap rokok? kau yang lelaki tu, korang rasa apa ek kalau berjalan dengan awek yang mulut berasap? up-to-date mungkin? sekular? tak kolot?

kalau menurut kawan aku sendiri, dia memang hisap rokok, heavy smoker wa cakap lu ! hari-hari sah habis sekotak Malboro 20 tu. berak, makan, lepak, borak, jalan, pendek kata semualah, mesti sulam-sulam dengan rokok. dia lah yang cerita kat aku, walaupun dia heavy smoker, tapi dia pantang kalau perempuan merokok, lagi-lagi kalau yang melayu-melayu bajet ayu ni. hisap rokok kepul-kepul, tapi sekali menangis, 2 baldi boleh tadah air mata.

aku  : kau okay dengan perempuan smoking tak weh?
dia   : HAHA. kau ni, logiklah sikit kot ye pun. okay tu okay tapi takde gamak aku nak angkat jadi awek la. kalau dah nama perempuan, buat cara perempuan dah la. nak smoking-smoking apahal lak kan?
aku  : iye la tu. tapi kalau muka lawa, seksi, manja-manja, hisap rokok 2 kotak pun kau berselera jugak kan?
dia   : eleh, tengok semua perempuan pun aku selera, tapi kalau dasar perempuan melayu hisap rokok, aku tak pandang la weh. taknak aku dapat anak sakit-sakit. baka tu beb, mana boleh buat main.
aku   : hek eleh, kau pun hisap jugak. takde beza. HAHA.
dia   : yela, tapi nak buat bini, nak buat mak anak-anak aku, takkan aku nak sebat je kan minah-minah camtu.

see. itu apa dia cakap lah. aku jarang contact dia, just kadang-kadang bila aku ada benda nak mintak pendapat, aku tanyalah kan. at least dia ni jujur masa jawab apa yang aku tanya. ada lagi benda-benda yang dia cakap, tapi tak payah lah kot aku tulis. karang ada jugak ugut nak bakar aku sebab kutuk perempuan hisap rokok ni T_________T

tapi kalau perempuan tu hisap rokok sebab tension? bukan heavy pun, jarang-jarang je. bila rasa-rasa perlu, baru capai 2,3 batang, yang tu macam mana pulak ye? oh, NO NO NO ! senang je jawapan aku. tension hisap rokok, tension hisap rokok, lepas ni tension romen, tension romen. pfttttt ! susahlah kan kalau macam tu. apa-apa pun, senang cakap macam ni lah, bayangkan nanti korang ada anak. lagi spesifik, anak perempuan, lepas tu satu hari kau dapat tahu yang dia smoking. apa kau rasa?

A. Happy sebab dia ikut jejak langkah kau ( ibu ) atau bini kau yang smoker
B. Bangga sebab perempuan pun setanding dengan lelaki
C. Kecewa sebab . . . . . . ( pandai-pandailah isi )
apa-apahal pun, renung-renungkan. & selamat beramal :) HAHA
kalau nak hisap rokok jugak, tunggu anak dah berkepuk, umur dah lanjut, masa tu kau nak asapkan satu rumah pun aku yakin sangat, orang lagi tak kisah. yelah, kubur pun asyik cakap, " LAI, LAI, LAI ".

my favourite surfing spot

sebenarnya dah memang sangat-sangat lambat bila aku dapat tahu pasal contest ni, & after done googling for about half an hour, i have come to a conclusion yang, " kalau join pun, no harm is done. whatmost, i do have the time to get involve. "

kejar-kejar masa lagi, so, this is it,



My Favourite Surfing Spot - in conjunction with Project Alpha :) 
jeng jeng jeng, presenting, my current favourite surfing spot, my husband's place. HAHA. terletak betul-betul bawah katil, memandangkan katil ni double decker IKEA so, bawah katil, ada meja study. jimat ruang, tapi cukup besar kalau nak banding dengan meja study biasa. tapi sorry ye, kena snap gambar precisely dekat monitor je sebab yang lain kena cover-cover. * ehem *

& kenapa dari semua tempat, aku pilih tempat ni sebagai tempat favourite aku?
1. ada kerusi, ada meja, ada monitor besar, speaker 2.1, external hardisk 1Tb dan tidak dilupa keyboard apple yang comel.
2. sebab tempat ni dalam bilik sendiri, so privacy is undeniable. plus, siapa yang suka masa dia tengah sibuk-sibuk online, chatting dengan kaum kerabat, tiba-tiba ada kepala jengah-jengah nak mengintai kan? HAHA.
3. sambil-sambil online boleh makan, minum, tidur kat kerusi, main dengan kucing atas meja dengan takde siapa-siapa boleh cakap, " eh no no, no eating allowed here. "
4. dekat dengan fridge, ada air, makanan. senang nak capai bila-bila masa. tak susah, pakai tangan pun boleh :P
5. last but not least, this is my husband's place, what is not to like? T__________T


tapi kan tapi kan, yang ini tempat favourite aku kat sini, ( sini as in NOT Malaysia ) so, bila balik Malaysia, aku kena cari alternatif lain untuk online kan? jeng jeng jeng, & that is when THIS will come in handy.

The Portable Modem Wiggy by P1W1Max.


so, nanti kat Malaysia, boleh online merata-rata. & yes, this will surely give me a chance to POTONG kan? :P so, peeps, this is it. my Project Alpha's entry.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3, and supported by P1 and Mas.
P

Sunday, March 14, 2010

bila saya jadi isteri ...

pernah mengamuk tiba-tiba? rasa macam dunia tak adil gila, rasa macam semua orang jahat, nak tikam, sula kau, bakar buat sate? selalu kan? lagi-lagi kalau yang tengah bercouple-couple tu. selalu sangat nampak kurangnya pasangan pada mata kita kan? & well, aku pun tak terkecuali. dari masa aku tengah hot-hot bercinta zaman muda-mudi dulu sampailah sekarang, yang bila aku dah sah jadi isteri orang, & not to forget, bakal mak orang. ada je benda yang tak kena pada mata aku, selalu sangat jadi punca nak gaduh, nak tarik-tarik muka masam, tak nak bertegur, merajuk ngada-ngada nak mintak kena pujuk. memang selalu sangat lah, sampai kekaseh aku pernah cakap terus terang kat aku,


kita ni kan, memang takkan bahagia ke? tiap-tiap minggu WAJIB gaduh. kejap awak salah lah, kejap saya salah lah. macam mana lah nak berkongsi hidup nanti?

masa tu aku sentap, sakit hati memang tak ingat dunia. rasa macam tengking je kuat-kuat depan muka dia. tapi memandangkan kitaorang tengah dalam McD, dengan sundae depan mata, aku senyapkan je. tapi sumpah, 2 hari aku senyap. konon nak merajuk lah. kiranya hari tu hari nasib baik aku, aku senyapkan, balik rumah, fikir baik buruk semua benda yang jadi. kalaulah ditakdirkan aku jerit je masa kena tegur tu, alamatnya memang masalah aku ni takkan setel sampai bila-bila. kiranya, nanti aku akan putus dengan kekaseh yang ini, bercinta lagi dengan orang lain, gaduh lagi dan putus. kiranya macam cycle couple-gaduh-putus aku takkan habis. nampak kan macam mana? jadi, aku duduk sorang-sorang, fikir salah sendiri. masa tu lah baru aku nampak, yes, aku pun ada salah. aku pun kena berubah. bukan setakat cakap kat dia yang dia perlu berubah. tapi, kitaorang putus jugak, sebab salah aku yang lagi banyak cakap dari buat ni.

aku terbaca di blog orang, isteri orang juga kononnya, ada anak sorang. belum pun umur setahun. mulanya memang aku tak ambil tahu, siapa perempuan tu, siapa suami dia, siapa family dia. tapi hati aku tergerak, aku belek satu-satu sampai hujung blog dia.

tarikh entri **september2008.kononnya ada benda ala-ala cinta nak dibagi pada seorang lelaki.aku pejam celik pejam celik.sah, nama suami aku! masa tu jugak aku tergerak nak buat kira-kira, bila sebenarnya aku kenal suami aku.

disember 2008 - kenal bakal suami
november 2008 - bakal suami putus dengan bekas GF * yang aku tahu bukan perempuan tu *
julai - ogos 2008 - bakal suami baru couple dengan bekas GF

so, korang nampak tak mana letaknya perempuan ni? bila masa pulak dia wujud dalam cerita ni? belek punya belek lagi, aku dapat tahu yang dia nikah tahun sebelum aku kenal suami aku. trut trut trut.. lagi lah pening aku. kalau dia dah kahwin, kenapa nak bagi-bagi hadiah kat suami aku? dan sepanjang blog dia yang aku baca tu, kebanyakannya mengutuk suami sendiri. Nauzubillah, kesian pulak aku fikirkan bila terbayang yang kalau suami sendiri sanggup mengutuk aku, keluarga aku depan public. antara benda yang aku ingat dia tulis adalah pasal suami yang konon tak berlaku baik pada isteri, tak menjaga keluarga. malu kan kalau jadi si suami? lagi-lagi kawan-kawan tahu dan baca blog isteri dia yang mengutuk dia.hari ini cerita pasal dapat hadiah yang konon paling bermakna, happy lah kononnya, 2 hari lepas tu, update kecik kat bawah, suruh buang hadiah tu sebab takde makna. aish, aku rasa aku perempuan yang cukup cerewet, tak sangka ada lagi yang macam aku.

aku tak banyak pengalaman, cuma aku ada nasihat.

baik belajar dari pengalaman orang sebelum terpaksa belajar dari pengalaman sendiri.

renung-renungkan dan selamat beramal

aku bukan benci tapi tak suka ...

korang selalu tak jumpa orang tulis macam ni?


" sayew tayam awak leww. tayam tangat-tangat." well, aku tahu mesti selalu sangat kan korang jumpa budak-budak tadika lidah tergeliat ni. same goes to me. macam-macam lagi la. tak kisah lah macam mana cara eja, cara tulis, berapa banyak W dia guna, satu perkataan yang wajib keluar dari mulut aku, " CIS! ". yes yes, aku admit, aku rasa annoyed gila bila tengok benda gedik-gedik manja ni. pada aku, dah cukuplah aku jumpa orang-orang macam ni kat mysampah ( baca : myspace ) tu. sampaikan rasa geli pulak bila makhluk-makhluk manja ni start nak communicate dengan aku guna words macam tu. aku tak suka la, plus bukan senang nak faham apa dorang tulis. yela, dorang up sikit dari aku, reka-reka new words, dari aku ni, yang kuno je manjang, tak paham budak-budak muda sekarang.

aku pun tak kurang benci jugak pada orang yang suka guna shortform, lepas tu tulis kat public dengan harapan orang faham. contoh paling senang lah, kalau tiba-tiba korang dapat mesej yang tulis macam ni, " xbo la xmam, t xseht, t mos ggt2 drh xklar ". JADAH weh? korang boleh translate untuk aku tak? lepas tu ada satu jenis ni tulis "uh uh". apa tu? meneran? nak berak jangan kat public, dalam sms ke, private msg ke, yang disend pada orang yang memang faham, takpelah. tapi please lah, janganlah seksa otak aku untuk faham apa yang kau nak sampaikan sebenarnya. shortform ni banyak jenis, ada jugak yang jenis tulis nama tempat macam tu. & yes, aku tak kata salah kalau kau tulis macam tu untuk orang-orang yang faham, tapi kalau dah tulis notis, tulis kat blog, you tell me, who the hell are those people yang sanggup pening kepala sebab nak figure out apa yang kau cuba nak sampaikan? jangan sampai benda yang patut disampaikan pada orang ramai, tak sampai maksud semata-mata orang tak faham shortform kau.

lagi satu yang aku rasa korang pun sama-sama tak suka adalah bila ada orang tulis guna huruf kecik BESAR kecik BESAR. macam ni ha, "aI SayAmmmMM yUU!" yela kan, bila aku terbaca benda-benda kecik besar ni, serta merta aku jadi terencat, dari elok-elok tengah membaca, tiba-tiba jadi mengeja. mana tidaknya, lain macam pulak bila aku baca. nak baca sekali imbas, tak dapatlah, yela, aku kan lembap-lembap ubi sikit, tak macam orang yang tulis macam ni, sekali harung je dah faham. T__________T

oke oke, rasanya setakat ni dululah aku bebel pasal cara penulisan yang aku kurang suka. yes, aku tahu, cara aku menulis pun bukan perfecto, magnifico. tapi hey, look at the bright side, people hate you more than they hate me. HAHA. ado ado je T____T ye, aku salah, kau tegur, kau salah, aku tolonglah tegurkan jugak.


please please please, jangan marah aku. HAHA.
sampai jumpa lagi. renung-renungkan

Saturday, March 13, 2010

cuba jaya versi totot

ohoiiiiiiii. welcome welcome ke blog baru aku. aku bukanlah baru dalam dunia blogging ni tapi takdelah sampai famous yang sampai merata orang kenal. aku cuba bukak blog baru dengan harapan nak mulakan hidup baru. & yes, aku memang suka menulis so, bila semangat menulis aku hancur lebur sebab selalu kena skodeng kat blog lama, aku decide untuk buat blog baru.

nak cakap banyak-banyak pun tak tahu nak cakap apa. maklumlah, aku tengah godek-godek lagi blog ni, nak tukar coding semua. insyaAllah, nanti aku nak tukar header sekali, kasi personal sikit. gambar dekat profile tu pun aku censored sikit, bajet-bajet nak cover la kan. tapi kalau ada orang kenal jugak, takpelah. biar je, tapi janganlah kecoh-kecoh pulak pasal siapa aku sebenarnya. oke sayang-sayang semua? HAHA.

& oh ya, jangan tanya siapa aku. cukuplah terima aku macam orang baru kat sini.

^________^

totot

© I'm Mrs.Mummy -Authorised by -Mrs.Mummy